Muhyiddin Calon Perdana Menteri, Bukti PPBM Ketandusan Pelapis – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Tindakan PPBM mengekalkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri membuktikan bahawa parti tersebut ketandusan pelapis.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selama 17 bulan beliau menjadi Perdana Menteri, tiada kejayaan signifikan yang boleh dibanggakan.

“Tindakan PPBM mengekalkan Muhyiddin calon Perdana Menteri bukti parti itu tidak bertanggungjawab dan ketandusan pelapis.

“Semua tahu Muhyiddin adalah ‘Perdana Menteri Gagal’ dalam tempoh 17 bulan pentadbirannya. Tiada kejayaan signifikan yang boleh dibanggakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurutnya, terlalu banyak pelanggaran tatakelola termasuklah kes Jana Wibawa dan menantunya lari ke luar negara.

“Banyak pelanggaran tatakelola termasuk isu jana wibawa dan menantunya masih menghilangkan diri ke luar negara.

“Pas pula tidak berani pertahankan calon mereka Dr Samsuri. Pas masih memerlukan duit PPBM. PPBM ada Jana Wibawa dan Dana Wibawa,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan dakwaan pihak luar yang menamakan pemimpin lain sebagai calon Perdana Menteri selain daripada Pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Beliau menjawab soalan mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PN mempunyai calon lain sebagai perdana menteri seperti Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan juga termasuk dirinya.

Hamzah turut menafikan wujudnya situasi ‘tidak gembira’ dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri pembangkang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.