Malaysia Dan Indonesia Berada Di Pentas Sama… Perjuang Isu Serantau, Tentang Kezaliman Terhadap Palestin

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia berada dipentas yang sama didalam memperjuangkan isu-isu serantau serta antarabangsa terutamanya melibatkan kezaliman dihadapi rakyat Palestin.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana telah selesai melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama (TYT) Joko Widodo.

“Alhamdulillah selesai membuat kunjungan hormat kepada Presiden Republik Indonesia, TYT Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta.

“Kunjungan hormat diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

“Malaysia dan Indonesia berada di pentas yang sama di dalam memperjuangkan isu-isu serantau dan antarabangsa khususnya tentang kezaliman terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Untuk rekod, perang antara Palestin dan Israel sudah mencecah lebih tiga bulan sejak serangan pertama Briged Al-Qassam pada 17 Oktober 2023.

Setakat ini lebih 27,000 rakyat Palestin terkorban manakala lebih 66,000 cedera dan dianggarkan lebih 69,000 kediaman musnah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.