Atas Prinsip Keadilan, Pemuda UMNO Harap Penambahan Peruntukan Untuk Sekolah Agama Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh memohon pertimbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat dan juga sekolah persendirian yang lain juga.

Beliau yang memuat naik kenyataan pendek dalam laman Facebooknya menyatakanya RM300,000 untuk setiap sekolah persendiran Cina dan RM 20,000 geran bantuan sekolah agama.

“Saya harap atas prinsip keadilan, YAB PMX boleh menambah lagi peruntukan kepada sekolah agama rakyat dan juga sekolah persendirian yang lain juga.

“Jika YB Anthony Loke Siew Fook boleh mengumumkan peningkatan bantuan tambahan kepada sekolah persendirian Cina dari RM250 ribu kepada RM300 ribu pada tahun ini, kenapa tidak pada sekolah yang lain juga. Mohon untuk dipertimbangkan YAB Anwar Ibrahim,” katanya.

Dua hari lalu dilaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan 63 sekolah persendirian Cina akan menerima peruntukan RM18.9 juta pada 2024.

Katanya, dengan pertambahan peruntukan itu, setiap dari 63 sekolah persendirian Cina itu bakal menerima RM300,000.

Tahun lepas, peruntukan khas daripada kerajaan ialah RM15.75 juta, dengan sekolah masing-masing menerima RM250,000.– UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.