Raja Mohamed Affandi Terus Temui Pengundi, Santuni Pengusaha Kedai Berbangsa Tionghua

KEMAMAN, 30 Nov – Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor terus berkempen dengan menyantuni para pengundi.

Beliau berkesempatan meluangkan masa ke beberapa kedai di Jalan Masjid, Bandar Chukai bagi memperkenalkan diri sebagai calon BN sempena Pilihan Raja Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.


Raja Mohamed Affandi dilihat bersahaja sambil beramah mesra bersama pengusaha kedai berbangsa Tionghua yang menjalankan perniagaan fotografi, bengkel, salon di sekitar bandar tersebut.

Rata-rata daripada mereka menerima baik kunjungan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut dan berikrar akan memberikan undi kepada beliau pada 2 Dis ini.

Malah ada dalam kalangan mereka yang mengenali Raja Mohamed Affandi kerana sekelas bersama ketika zaman persekolahan.

Pengusaha tersebut ketika ditemui turut meluahkan keterujaan kerana rakan sekolah mereka adalah calon pada PRK ini dan mengharapkan pembelaan yang sewajarnya diberikan sekiranya Raja Mohamed Affandi memenangi PRK ini.

Raja Mohamed Affandi, 66 tahun yang telah berkhidmat 44 tahun bersama ATM. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan daripada University of New South Wales, Australia dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pertahanan dan Pengajian Strategik daripada Universiti Quaid-i-Azam University, Pakistan.

Beliau berhadapan dua penjuru dengan calon Pas, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 18 Nov dan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.