Melawat Kolam Ternakan Udang Perbadanan Bioteknologi Melaka

MELAKA, 19 Okt — Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan (kiri) menunjukkan udang putih ketika mengadakan lawatan ke kolam ternakan udang Perbadanan Bioteknologi Melaka di Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sempang hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka Tee Mei Ghee (kanan).
Projek ternakan udang putih itu mula diusahakan pada 2014 dengan purata hasil udang dikeluarkan mencapai lima tan metrik sebulan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.