Kunjungan Hormat Rakan Sejawat

KUALA LUMPUR, 18 Okt –– Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin (kanan) bersalaman dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Ghana Kwaku Ampratwum-Sarpong ketika menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya di Bangunan Parlimen hari ini.
Perbincangan itu adalah mengenai isu dua hala yang berkepentingan bersama antara Malaysia-Ghana termasuk perdagangan, pendidikan, pelancongan, visa, latihan di bawah kerjasama teknikal (MTCP) dan lain-lain dan bersetuju memperkukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka bidang-bidang baru yang boleh diterokai bersama.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.