Kesatuan Perpaduan Perlu Terus Dikekalkan, Elak Perkara Gugat Kesejahteraan – Fadzli


KUALA LUMPUR, 15 Sept – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berharap kesatuan serta perpaduan dalam Malaysia terus dikekalkan dengan mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengugat kesejahteraan yang telah dikecapi selama ini.

Beliau berkata demikian berikutan penganjuran Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan diadakan esok.

“Kita mengharapkan kesatuan, perpaduan silaturahim yang baik antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dipertahankan dan sudah pasti 66 tahun negara ini merdeka, rakyat semakin matang dan menghargai nikmat kemerdekaan yang kecapi selama ini.

“Yang kita kecapi 66 tahun dahulu bukannya mudah hendak mencapai kemerdekaan, namun sukar juga untuk mempertahankannya andai tiada kesedaran dan pemahaman yang betul tentang perjuangan orang terdahulu yang susah payah memerdekakan negara dan merdekakan jiwa serta pemikiran kita daripada belenggu penjajah.

“Sekarang ini banyak ancaman-ancaman baharu kepada generasi pasca merdeka yang menuntut kefahaman dan paling penting bersatu membina kembali Malaysia, insya Allah,” ujarnya lagi.

Terdahulu dilaporkan pihak polis telah menolak notis pemakluman penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia kerana maklumat dikemukakan tidak lengkap .– UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.