Ahmad Zahid Lepas Pertuduhan, Wanita UMNO Anggap Lonjakan Semangat Untuk Kembalikan Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Wanita UMNO Malaysia mengganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 hari ini sebagai satu lonjakan semangat kepada ahli-ahli untuk terus berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan ini sudah pastinya perkhabaran yang gembira dan amat melegakan kepada seluruh ahli UMNO khususnya Wanita UMNO Malaysia.

“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan kesyukuran di atas keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Alhamdulillah, ketabahan dan kesabaran YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga mengharungi waktu-waktu sukar dalam tempoh beberapa tahun ini telah berakhir dengan keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan media berkaitan hal terbabit.

Selaras dengan itu, katanya, Wanita UMNO Malaysia menyeru kepada seluruh ahli UMNO untuk terus bersama-sama bersolidariti memperkukuhkan dan memperkasakan Institusi Presiden dan Parti.

“Wanita UMNO Malaysia akan terus menumpukan segala tenaga untuk membantu kemenangan Kerajaan Perpaduan di dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulai dan Simpang Jeram serta PRK Pelangai yang akan diadakan tidak berapa lama lagi,” katanya lagi. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit