UMNO Rakam Takziah, Bekas Ahli Parlimen Jasin Meninggal Dunia


MELAKA, 29 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Bekas Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof meninggal dunia pukul 8.10 malam tadi.

Dilaporkan Allahyarham meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen bagi penggal 2004 hingga hingga 2008 itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) atau kini dikenali sebagai Institut Tun Perak (ITP).

Didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.