Reezal Bersyukur Warga Bertam Tidak Putus-Putus Beri Sokongan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan syukur kepada seluruh warga Bertam yang tidak putus-putus mendoakan beliau selepas mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Reezal yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memaklumkan beliau akan berusaha menaikkan pembangunan di Bertam.

“Terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan doa yang tidak pernah putus buat saya dan kita semua. Semoga segala urusan kita dalam pembangunan #BertamKita kelak diberkati-Nya dengan jaya.

“Mereka inilah kekuatan saya, mereka inilah nadi yang akan menggerakkan pelbagai lagi khidmat dan bakti untuk warga Bertam. Janji saya, khidmat Reezal Merican adalah untuk semua tidak kira apa pun batasan politik, bangsa, tua muda di Bertam ini.

“Alhamdulillah, dengan kemeriahan majlis ini yang turut dihadiri oleh wajah-wajah yang tidak asing bagi saya di sekitar Kepala Batas ini,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan majlis penghargaan sempenan kemenangan dalam PRN yang diadakan di pekarangan Kompleks Perniagaan Permatang Manggis, Kepala Batas. Turut hadir dalam majlis ini Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan warga Bertam.

Pada PRN lalu Reezal mencapai kemenangan dengan majoriti 2,321 undi ke atas penyandang kerusi, Khaliq Mehtab Mohd Isyaq daripada Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.