Kes Mahkamah Zahid: Datuk K Nyatakan Tindakan Beri Wang Untuk Tujuan Pelaburan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Hari ini di dalam kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi telah bersambung dan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa juga dikenali sebagai ‘Datuk K’ telah hadir di Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes yang dihadapi oleh Zahid.

Di dalam keterangan tersebut, Datuk K telah menyatakan bahawa tindakan Zahid untuk memberikan sejumlah wang seperti di dalam kertas pertuduhan adalah untuk tujuan pelaburan dan jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM10 juta kepada syarikat Armada Holdings melalui Yayasan Akalbudi.

Syarikat tersebut telah menerima jumlah pelaburan tersebut, dan jumlah RM10 juta itu telah dipulangkan kembali ke akaun Yayasan Akalbudi dengan tambahan RM 69,722.65 dan disebut oleh saksi sebagai pulangan keuntungan hasil daripada pelaburan yang telah dilakukan.

Perkara ini telah dibuktikan di mahkamah bahawa transaksi ini wujud sebagai satu bentuk pelaburan dan bukan pinjaman seperti di dalam kertas pertuduhan.

Tambahan itu, dalam keterangan Datuk Seri Khalid juga menyebut dalam kenyataannya bahawa Datuk Seri Zahid yang beliau ketahui adalah seorang yang pemurah, dermawan dan suka membantu apabila seseorang memerlukan bantuan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.