UMNO Rakam Takziah, Pemimpin UMNO Antara Mangsa Nahas Pesawat Terhempas


KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini.

Antara yang terkorban dalam nahas terbabit ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Johari juga adalah Ketua UMNO Bahagian Bentong turut disertai oleh Ketua Penerangan Bahagiannya, Idris Abdol Talib yang turut menjadi mangsa dalam nahas terbabit.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaporkan sejumlah enam penumpang dan dua krew penerbangan berada dalam pesawat ini selain yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini.

Difahamkan siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.