Saksikan ‘Analisa PRN 2023, Di Mana Silapnya?’ Malam Ini Bersama Azalina
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini akan berdiskusi dalam ‘Analisa PRN 2023 Di Mana Silapnya?’ yang akan disiarkan malam ini secara langsung menerusi laman sosial UMNO Online dan Media Perpaduan.
Turut menjadi panel adalah Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam.
Diskusi ini diadakan di Auditorium Menara Dato’ Onn bermula jam 9.30 malam.
Perbincangan ini menumpukan berkenaan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO.
Terdahulu, PRN diadakan pada 12 Ogos lalu di enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu.
Ianya menyaksikan kerjasama pertama kali di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) rentetan penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 yang lalu. – UMNO Online