Sanggup Keluar Fatwa Halal Haram Demi Raih Kepentingan Politik – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meluahkan kekesalan dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas pemimpin parti kepada UMNO.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata meskipun kini tidak lagi sehaluan dalam idelogi politik namun ianya bukan syarat untuk berterusan mengeluarkan fatwa halal dan halal demi kepentingan politik.

“Walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tetap juga saudara sebangsa dan seagama.

“Janganlah disebabkan perbezaan politik kita pada hari ni, sanggup mengeluarkan fatwa halal haram semata-mata untuk meraih undi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Tan Sri Annuar Musa membabitkan UMNO.

Mengulas lanjur Dr Akmal berkata ini kerana melalui UMNO, Annuar menggapai kejayaan dalam politik sehingga menjawat jawatan utama dalam parti.

“Inilah parti yang pernah berjasa pada beliau dan semasa beliau menjadi Setiausaha Agong UMNO pada 2018 juga Tan Sri pernah mengeluarkan kenyataan yang UMNO boleh berkerjasama dengan Dap.

“Mungkin beliau terlupa. Kita meraikan perbezaan pendapat, tetapi jangan sampai kita menjadi fitnah kepada agama kita. Baru saya teringat kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad Melayu mudah lupa,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.