Pas ‘Sucikan’ Tun Mahathir?

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘disucikan’ Pas.

Katanya ini kerana bekas Perdana Menteri itu muncul sepentas bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN) pada Jumaat.

“Tun Mahathir telah disucikan oleh pemimpin Pas lalu pengikut Pas pun menyanjung tinggi Tun Mahathir yang telah gelar mereka parti kafir dan parti yang opoturnis demi kuasa dan wang ringgit.

“Sedangkan baru sahaja September tahun lepas Tun Mahathir gelar Pas ini parti kafir dan membuatkan seluruh pengikut Pas marah. Tetapi semalam? Apa sudah jadi?

“Bukan saya yang kata, tapi Tun Mahathir yang kata. Maka lupalah mereka peristiwa memali dan banyak lagi,” kata beliau.

Sementara itu Azhari turut berpandangan bahawa kedatangan Tun Mahathir itu membawa mesej tersendiri.

“Aakah Anak Tun Mahthir akan jadi Menteri Besar Kedah ganti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor?

“Makin kuat tekaan ini apabila saya lihat video semalam. Tambahan pula Sanusi sedang ada kes hina Institusi Diraja Selangor. Maka… undi PN/Pas di Kedah dapat Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” sindir beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.