Hargai Kepercayaan Kepimpinan BN Letak Calon Wanita – Noraini

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Wanita Barisan Nasional (BN) merakamkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kepercayaan kepada kepimpinan Wanita yang diletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman calon yang diadakan malam tadi yang mengetengahkan 11 orang Wanita.

“Malam tadi BN telah mengumumkan senarai calon-calon untuk enam buah negeri yang akan menghadapi PRN pada 12 Ogos depan.

“Terima kasih diucapkan buat Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN serta kepimpinan tertinggi di atas kepercayaan dan harapan yang diberikan kepada calon-calon wanita yang dipilih,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia juga berharap calon yang diberikan amanah itu untuk menggandakan usaha dan terus memberikan khidmat terbaik buat rakyat demi memastikan kemenangan BN di kawasan yang mereka tandingi.

Untuk rekod seramai 11 orang Ketua Wanita UMNO Bahagian dan seorang calon tunggal dari Puteri UMNO telah terpilih sebagai calon BN bagi PRN.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Negeri Sembilan :
N15 Juasseh – Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid

Selangor :
N24 Semenyih – Wan Zulaika Anua

Kelantan :
N06 Chempaka – Nik Normi Nik Ayub
N21 Pantai Irama – Hajjah Zakiah Md Noor
N31 Semerak – Marshella Ali
N41 Manek Urai – Datin Hajjah Suzaini Adlina Sukri

Kedah :
N01 Ayer Hangat – Hisham Suhaily Othman
N15 Anak Bukit – Datin Hajjah Nor Hasita Md Isa
N27 Pantai Merdeka – Wan Mohalina Wan Mohamad
N32 Kuala Ketil – Suriati Che Mid
N37 Bandar Baharu – Noraini Yusoff

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.