Puteri UMNO Sokong Inisiatif Kerajaan Beri Subsidi Penerbangan Kepada Pelajar IPTA

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong usaha kerajaan dalam pemberian subsidi sebanyak RM300 bagi tiket penerbangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke Sabah dan Sarawak.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurfazreen Elyana Muhammad Zailan menerusi satu kenyataan berkata, keputusan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para pelajar untuk pulang ke kampung halaman.

“Isu tiket penerbangan pelajar IPTA akhirnya mencapai satu kata sepakat dalam Kerajaan Perpaduan. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong penuh atas keputusan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA.

“Keputusan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar untuk pulang ke kampung masing-masing. Moga ada lebih lagi inisiatif bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, inisiatif itu bakal memanfaatkan 56,000 pelajar universiti awam dengan implikasi kos sebanyak RM16.8 juta.

Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada terma dan syarat iaitu setiap pelajar mesti berasal dari Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan dan sedang menuntut di salah sebuah negeri berkenaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.