PRN: Apa Pun Provokasi, Jangan Bakar Rumah Kita – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berpesan kepada anggota jentera parti agar menghadapi apa juga provokasi pihak lawan dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Tegasnya, walau apa pun teruskanlah komited dan jangan putus asa.

“Untuk jentera di bawah khususnya daripada Puteri UMNO, teruskan komited dan jangan putus asa.

“Walau apa pun provokasi yang datang tetap kita ‘jangan bakar rumah kita’, ‘all out’ lah, kerja keras sedaya yang mampu untuk memastikan calon daripada BN mendapat kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Pengundi di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos untuk keluar mengundi apabila PRN dilaksanakan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam pengumuman terdahulu berkata tarikh penamaan calon bagi pelaksanaan PRN di enam negeri itu ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Jumlah pengundi yang akan terlibat dalam PRN di enam negeri berkenaan adalah kira-kira 9.7 juta. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.