SUA Hargai Semangat Keluarga Besar UMNO Kerjasama Laksana Ibadah Korban

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan penghargaan beliau dengan keluarga UMNO Gerik dan penduduk yang berkerjasama dan semangat dalam melaksanakan ibadah korban.

Katanya, ketika menyertai gotong royong tersebut yang menyaksikan 20 ekor lembu dikorbankan pada hari ini.

“Hari Raya Aidiladha ketiga bersama keluarga besar UMNO Gerik dan penduduk tempatan bergotong-royong bersama dalam mengerjakan ibadah korban bertempat di Kampung Plang, Gerik.

“Alhamdulillah, sebanyak 16 ekor lembu disumbangkan kepada UMNO Bahagian Gerik dan empat ekor disumbangkan kepada agensi-agensi di Parlimen Gerik. Terima kasih kepada penyumbang, semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.

“Kagum dengan semangat kekeluargaan UMNO Bahagian Gerik dan agensi-agensi yang datang membantu seperti Bomba, Polis, Agrobank dan MARA pagi ini.

“Lebih 600 orang sukarelawan turun membantu dalam memastikan kerja-kerja penyembelihan, pengagihan dan pembersihan berjalan dengan lancar,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Dr Asyraf dalam pada itu turut menyambil kesempatan menyampaikan bantuan daripada Yayasan Pelajaran MARA berupa komputer riba buat pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan anak tempatan iaitu Wan Zaira Irdina dan Siti Munirah.

Beliau juga menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada Puteri UMNO Gerik bagi menjalankan program kelas tambahan buat pelajar-pelajar di Parlimen berkenaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.