PRN: ‘Jom Kalih’ Bagi Sama BN – Muhamad Khizri

KUALA LUMPUR, 26 Jun – ‘Kalih bagi sama’ ini bermakna kerajaan negeri Kedah mesti seiring dengan kerajaan pusat, demikian tegasnya Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Jelasnya, apabila kerajaan negeri seiring banyak perkara yang manfaat rakyat dapat terutamanya dalam negeri Kedah.

“Saya harap rakyat Kedah ‘kalih bagi sama’ dan seiring dengan kerajaan negeri dan pusat. Sekiranya kerajaan pusat memerintah sehingga habis penggal dan rakyat Kedah memilih Perikatan Nasional (PN) menentang kerajaan Persekutuan umpamanya ‘anak sendiri dengan anak tiri’.

“Anak sendiri kasih sayangnya lebih berbanding anak tiri. Ini adalah hakikat dan jangan lari dari hakikat dan pada rakyat negeri Kedah, seiringnya kerajaan negeri dan Persekutuan dapat menyelesaikan banyak masalah terutamanya ‘air’.

“Sekiranya seiring sudah pasti rakyat di Kedah dapat manfaat dan peruntukan lain terutamanya peruntukan pada petani, nelayan, pekebun kecil dan begitu juga sekolah agama. Sedangkan Perdana Menteri umum peruntukan lebih RM20 juta pada sekolah agama. Itu baharu anak tiri dan tidak mustahil jika anak sendiri sudah pasti dapat lebih dari itu,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Dalam masa sama kata Muhamad Khizri lagi anak muda kini makin faham selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 apabila golongan ini kali pertama mengundi.

Tambahnya, anak muda kurang arif dan faham pasal sistem pilihan raya pada waktu itu dan kecenderungan mereka percaya dengan media sosial dan tapi kali ini anak muda lebih matang.

“Mereka sudah faham apa itu pilihan raya dan nampak sendiri apabila kerajaan terumbang-ambing dan tidak boleh dibentuk. Kestabilan tidak ada dan ramai anak muda yang hilang perkerjaan. Ekonomi semakin merosot, ringgit mula jatuh dan mereka mula faham apa itu sistem pilihan raya.

“Kita kena bagi betul-betul anak-anak muda faham apa itu perlembagaan dan kenegaraan. Kalau nak memilih parti pilihlah parti yang betul-betul dominan yang boleh membentuk kerajaan dan akan bawa kestabilan dan dengan adanya kestabilan maka ada kemakmuran,” jelas beliau.

Katanya lagi, dengan ada kemakmuran maka semua akan beroleh kesenangan dan tidak kira yang muda, tua semua akan beroleh kesenangan terutamanya sistem ekonomi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.