Tiada Istilah ‘Warlord’ Dalam UMNO, Terus Amalkan Demokrasi – Muhamad Khizri

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim bersetuju pandangan yang diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila menegaskan tiada ‘warlord’ dalam negeri terbabit.

Menurutnya, ini adalah mainan persepsi pihak pembangkang yang cuba memutar belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, dalam parti ini sentiasa terbuka dan tidak ada istilah ‘warlord’ malah pihak pembangkang sanggup menghalalkan segala cara bagi meracuni pemikiran pengundi.

“’Warlord’ apa? Dalam UMNO tak ada ‘warlord’ dan juga di negeri Kedah. Apabila menjelang pilihan raya mereka (pembangkang) sanggup menghalalkan apa sahaja untuk menjadi peluru. Isu-isu yang dimainkan adalah UMNO dan Dap seterusnya ‘warlord’ di dalam UMNO.

“Apa yang ‘warlord’… saya Ketua UMNO Bahagian Sik dan pemimpin muda yang diberi peluang, begitu juga Langkawi dan Merbok pun pemimpin muda yang diberi peluang menjawat Ketua UMNO Bahagian.

“Di negeri Kedah ini ada juga Ketua UMNO Bahagian di kalangan wanita seperti di Pendang dan Sungai Petani. Nak kata ‘warlord’ mai kat mana? Tak ada istilah ‘warlord’,” katanya kepada UMNO Online, di sini, hari ini.

Tegasnya, UMNO sentiasa mengamalkan demokrasi berhubung pembahagian kerusi pada PRN ini dan meminta setiap bahagian menghantar beberapa nama.

“UMNO negeri sudah pertimbangkan dan sentiasa ‘democrate’. Satu kawasan kena mencalonkan beberapa nama dan bukannya hanya satu nama. Itu ‘warlord’ kah namanya? Itu bukan ‘warlord’… itu adalah demokrasi di dalam UMNO.

“Peluang sudah diberi dan telah berunding serta kerusi telah dirundingkan dengan baik dan tidak ada masalah. Tak ada hingar bingar, tak ada kacau bilau dan tak ada orang tepuk meja,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.