Akmal Pelawa Mereka Yang Berminat Sertai ‘Think Tank’ Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk bersama dengan sayap parti itu dalam pasukan badan pemikir mereka.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi Facebooknya berkata peluang itu dibuka buat mereka yang mahu menyumbangkan idea.

Anyone nak jadi sebahagian dari think tank Pemuda UMNO? Untuk kita bincangkan soal polisi, politik dan sebagainya.

“…dan tidak semestinya ahli parti yang penting nak menyumbang idea dan sanggup untuk kita kerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Tinjauan di bahagian komentar juga menunjukkan respon yang positif, ada di antara mereka yang menyahut seruan tersebut dan bersyukur kerana peluang sebegini dibuka untuk menabur bakti.

“Saya sedia menyumbang idea dan pandangan Doc,” komen Mohd Adri Adha Mohamad.

“Macam dulu-dulu kita hidupkan persatuan belia-belia dengan aktiviti yang menarik tanpa pilih kaum dan parti nanti mana-mana pemimpin belia itulah yang disukai dan disanjung,” komen Hj Zawawi Md Zin.

“Saya nak bantu tapi saya bukan dari golongan muda. Saya akademik yang baru bersara. Sedia membantu mana yang patut,” komen Mohammad Jais Atan.

Sudah lama tunggu saat sebegini…so 1st step – apa perlu saya buat sekarang? From Pasir Puteh, Kelantan,” komen Razali Abdul Rasshid. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.