Fitnah Terhadap UMNO: Artikel Tidak Dipadam, Laporan Polis Buka Siasatan Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua UMNO Cawangan Taman Dato Hormat, Jefrizal Mohd Jaafar, telah membuat satu laporan polis bagi membuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Harakahdaily.net dan Editor Harakahdaily.net.

Ini berikutan artikel bertajuk ‘UMNO Taman Dato’ Hormat bubar, ahli sertai PAS’ tidak dipadam dan permohonan maaf terbuka tidak dilakukan dalam tempoh yang diberi.

“Setelah saya memuatnaik status memohon secara baik agar artikel bertajuk ‘Umno Tmn Dato’ Hormat bubar, ahli sertai PAS’ di Harakahdaily.net.’ dipadam dan permohonan maaf terbuka dilakukan oleh pihak harakahdaily, editor atau mana-mana wakil darinya dalam tempoh 24 jam namun tiada sebarang tindakan mahupun respon dari pihak-pihak berkaitan dilakukan.

“Saya telah membuat satu laporan polis bagi membuka kertas siasatan bagi mana-mana perbuatan yang boleh jatuh di bawah mana-mana peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan telah merujuk perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut melalui surat tuntutan,” katanya kepada UMNO Online, semalam.

Jelasnya, artikel dalam perenggan pertama dengan jelas melaporkan seperti berikut :

“SERAMAI kira-kira 48 anggota Umno cawangan Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang, Selangor mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan cawangan mereka semalam”

Jelasnya, satu tajuk dimuatnaik oleh pemegang akaun facebook bernama Harakahdaily dicapaiannya yang berbunyi :

“Umno Tmn Dato’ Hormat bubar, ahli sertai PAS.”

Terdahulu, artikel terbabit diterbitkan pada 9 Jun lantas Jefrizal menggesa penerbit dan editor Harakah Daily membuat permohonan maaf secara terbuka serta memadam laporan yang berunsur fitnah dalam tempoh 24 jam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.