Pendaftaran Pemilihan UMNO 2023 Diteruskan, Dijangka Lebih Ramai Tampil

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Pendaftaran bagi Pemilihan UMNO 2023 yang telah bermula sejak seminggu lalu berjalan lancar sejak pembukaannya pada 13 Februari.

Dibuka setiap hari jam 9 pagi sehingga 5 petang sehingga 26 Februari di Auditorium Menara Dato’ Onn ianya bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sementara itu bagi pemilihan jawatan di peringkat Bahagian, Exco Wanita, Pemuda, Puteri bahagian, pendaftaran juga telah dibuka di Pejabat UMNO Bahagian atau Perhubungan UMNO Negeri.

Sehingga kini pendaftaran masih dibuka dengan calon atau wakil calon perlu mengikuti beberapa prosedur dengan hadir ke kaunter pendaftaran, semakan dan seterusnya ke kaunter penyerahan borang.

Dijangka barisan calon-calon yang bakal bertanding akan lebih ramai tampil menghantar borang bagi mencalonkan diri mereka pada pemilihan kali ini.

Untuk rekod, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan sehingga minggu lalu dianggarkan 70 calon telah mendaftar bagi jawatan di peringkat Pusat.

Beliau juga percaya bahawa bilangan calon yang akan mendaftarkan diri akan bertambah saban hari.

Calon-calon yang ingin mendaftar bagi Pemilihan UMNO 2023 ini boleh memuat turun borang di laman sesawang www.umno-online.my (klik di sini untuk muat turun borang). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.