Tekad Kembalikan Kemenangan BN, Kesilapan PRU14 Pangkah PH Tak Akan Diulang – Sabariah

BERA, 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidin berkata rakyat semakin sedar apabila telah tertipu oleh Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Jelasnya kesedaran itu datang dari suara rakyat akibat pengalaman yang dipimpin oleh PH

“Pengalaman 22 bulan pemerintahan kerajaan PH telah mengajar rakyat negara ini. Dah beberapa kali rakyat nak kena masuk lubang.

“Salah satu kesilapan pertama yang kita lihat membuatkan ramai tersedar dan enggan lagi tertipu maka kali ini rakyat akan membetukan kesilapan dengan menjadikan PRU ini sebagai langkah terbaik.

“Dulu rakyat menyatakan PH adalah terbaik dan ramai yang mengundi pada PRU lalu tapi akhirnya rakyat yang tersepit maka sekarang telah sedar serta sedia kembalikan mandat pada BN. Hanya parti ini yang boleh menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik berbanding PH,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Bera menjelaskan atas dasar keyakinan yang tinggi maka tekad semua dalah untuk mengundi BN.

“Sekarang ini rakyat sudah sedar dan faham bahawa fitnah dari PH sentiasa ditaburkan untuk mempengaruhi orang ramai tetapi rakyat semakin matang.

“Pengalaman pahit yang dilalui rakyat selama 22 bulan menyebabkan rakyat muak dengan fitnah yang sama dan cerita yang sama. Bukan ada fitnah yang baharu pun dan memang tidak ada perkara yang membina untuk rakyat semasa PH memerintah negara sebaliknya sentiasa memburukkan BN,” jelasnya.

Tegasnya, rakyat sudah matang dan fitnah itu akan berlalu begitu sahaja.

“Jangan termakan dengan hasutan dan fitnah yang dimainkan oleh PH,” tegasnya lagi – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.