Tolak Naratif Pembangkang, Ismail Sabri Calon Tunggal PM Lepas PRU-15

KUALA KRAU, 7 Nov – Tiada isu yang patut timbul berhubung siapa calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana menurut calon BN parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, perkara itu telah dijelaskan dengan nyata yang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan satu-satunya calon Perdana Menteri yang akan diangkat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Penegasan itu sekali gus menolak naratif pembangkang yang menyatakan jika undi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Kalau tengok berapa kali tonton, lihat bagaimana ucapan Ismail Sabri, hubungan dia dan Presiden amat baik dan tak ada masalah, pihak ketiga cuba mengambil kesempatan, masalah… memang tiada masalah.

“Parti dah buat keputusan melalui Perhimpunan Agung UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dan yang terbaru, semua Ketua Bahagian sudah membuat usul calon Perdana Menteri selepas PRU-15 adalah Datuk Seri Ismail Sabri, selesai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail turut berkata meskipun calon wanita yang diletakkan kurang daripada 30 peratus, namun segala gerak kerja berjalan dengan baik dan tiada unsur sabotaj.

“Kuota wanita tidak capai 30 peratus di peringkat pusat tidak menjadi penghalang untuk kita bekerja, tentang calon A calon B, saya tidak mahu cakaplah calon presiden atau perdana menteri. Tetapi bila diputuskan oleh presiden parti, itulah calon BN, kita tak boleh toleh dan perlu bergherak ke hadapan macam mana nak menang dan tubuh kerajaan pusat,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.