Jangan Percaya Fitnah Rosakkan Keharmonian, Satu Undi BN Demi Kestabilan Dan Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menyeru kepada para pengundi di seluruh negara, jangan sesekali mempercayai fitnah yang cuba merosakkan keharmonian UMNO.

Katanya, pihak lawan sedar dengan menggunakan isu pemimpin UMNO yang mempunyai kes mahkamah dan menjalani hukuman atas dakwaan kes rasuah, maka mereka cuba meracuni rakyat agar tidak memilih Barisan Nasional (BN) lantaran ramai pemimpinnya dikatakan terlibat rasuah.

“Memilih BN sama seperti menggalakkan rasuah negara ini. Persepsi ini cuba dimainkan oleh pembangkang bagi memesong pemikiran pengundi.

“Satu undi untuk BN adalah satu undi untuk kestabilan dan kemakmuran negara yang bakal diterajui oleh Ismail Sabri (Perdana Menteri – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya kepada UMNO Online.

Beliau berkata demikian berikutan menolak isu berkaitan calon perdana menteri dari BN.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan sebulat suara mencadangkan Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas BN memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 malah 156 bahagian UMNO juga telah menyokong keputusan tersebut semasa persidangan mesyuarat bahagian.

“Maka tidak timbul isu pemimpin UMNO yang lain bakal menjadi Perdana Menteri. Isu ini sebenarnya sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang bagi megelirukan para pengundi,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.