Ahmad Zahid Gesa Pimpinan Pas Berhentilah Mengadu Domba Tentang UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pimpina Pas agar berhentilah mengadu domba tentang UMNO.

Malah katanya, berhentilah dari terus jadi ‘kuda tunggangan’ PPBM@Bersatu yang sedang memperalatkan jentera Pas.

“Saya dengan ikhlas memohon kepada pimpinan Pas berhentilah mengadu domba tentang UMNO.

“Pimpinan Pas tuduh pemimpin UMNO mahu bekerjasama dengan ‘khemah besar’ Pakatan Harapan (PH) sangat tidak benar. Pemimpin UMNO tidak pernah pun menyebut hasrat menyertai ‘khemah besar’ PH.

“Konon pimpinan Pas dapat maklumat. Dari mana maklumat itu diperoleh? Adakah dari PBBM@Bersatu? Atau dari satu dua ‘gunting dalam liputan’ dalam UMNO? Jika begitu kaedahnya tak ‘dapek’ UMNO nak menolong,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Soal Ahmad Zahid, apakah pimpinan Pas terlupa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang pernah menyatakan hasrat bekerjasama dalam ‘khemah besar’, namun tidak kesampaian kerana PH dan GTA masing-masing mempunyai agenda serta muslihat `tersendiri’.

“Jadi mengapa pimpinan UMNO pula yang dituduh oleh pemimpin Pas mahu bekerjasama dengan PH? Ahli Pas bernasib baik muslihat Pengerusi PN tidak kesampaian jika tidak tentu mereka telah pun kembali ke pangkuan Dap.

“Pimpinan Pas tampak semakin tersasar daripada nilai politik budiman sejak bersama PN. Mungkin akibat terpengaruh dengan budaya politik tidak sihat dan curang sahabat baharu. Nampaknya hanya ahli akar umbi Pas yang dapat memperbaiki parti mereka daripada terus hanyut.”

Katanya, ahli akar umbi Pas teruslah bekerjasama memberi kemenangan kepada BN pada PRU15.

“Insya-Allah kemuafakatan itu akan memberi ‘domino effect’ memulihkan politik Pas yang kian tersasar,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.