BN Namakan Tujuh Baki Calon Parlimen, Tanding 178 Kerusi

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan calon-calon bagi tujuh kawasan Parlimen yang belum diumumkan.

Hal ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui kenyataan media hari ini.

Katanya, daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan, BN menampilkan dua calon secara direct candidate atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

“Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh BN bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178.

“BN yakin calon-calon yang dikemukakan dengan pelbagai latar belakang dan kelayakan, Insya-Allah mampu untuk menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat apabila dipilih kelak,” katanya.

Berikut adalah senarai kawasan dan nama calon terbabit:

P.019 TUMPAT CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI

P.035 KUALA NERUS MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI

P.095 TANJONG KARANG HABIBAH BINTI MOHD YUSOF

P.115 BATU A. KOHILAN PILLAY A/L G. APPU

P.124 BANDAR TUN RAZAK CHEW YIN KEEN

P.127 JEMPOL SHAMSULKAHAR BIN MOHD DELI

P.129 KUALA PILAH ADNAN BIN ABU HASSAN – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/11/KM-Pengumuman-Calon-BN.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.