Salam Maulidur Rasul, Jadikan Baginda Pedoman Azimat Perjuangan Kehidupan – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak agar jadikan setiap pedoman yang ditinggalkan melalui pewaris Baginda sebagai azimat perjuangan dalam kehidupan.

“Ya Rasulullah! Siapa kami di sisi Allah tanpaMu Ya Rasulullah! KeranaMu kami dirahmati Allah dan keranaMu kami dicintai Allah.

“Selamat Menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW dan jadikan setiap pedoman yang ditinggalkan melalui pewaris baginda sebagai azimat perjuangan dalam kehidupan. Tanda kasih Nabi ialah dengan mengutamakan kehendak baginda melebihi kehendak diri sendiri,” katanya melalui hantaran dalam laman Facebooknya.

Dilaporkan, sambutan Maulidur Rasul 2022 kali ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ dan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Ahad ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.