UMNO/BN Terus Perkukuh Solidariti Demi Kemenangan PRU15 – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias menekankan pentingnya UMNO/Barisan Nasional (BN) terus mengambil pelbagai langkah bagi mengeratkan solidariti di semua peringkat untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Ini kerana katanya UMNO/BN telah melalui pelbagai cabaran selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan kini dari hari ke hari sokongan rakyat semakin jelas kembali berpihak kepada BN.

“Kepimpinan UMNO/BN sama ada di peringkat bahagian serta sayap dan cawangan sudah bersatu padu. Penyatuan dan solidariti di kalangan ahli UMNO/BN sangat ‘solid’ selepas PRU-14 dan sekarang ini bertambah kukuh bagi mengembalikan mandat pentadbiran untuk masa depan negara,” katanya.

Dalam hal ini, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu yakin bahawa UMNO/BN akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Jelebu yang telah dimenanginya dengan majoriti 2,045 undi pada PRU-14 lalu.

“Bukan saja Parlimen dikekalkan namun kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang turut mesti kekal dan selain usaha untuk merampas kembali (DUN) Sungai Lui.

“Itu adalah formula dan gerakan paling penting bagi memastikan UMNO/BN Jelebu dapat mencapai kejayaan PRU-15 dengan baik dan jayanya,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Dalam pada itu beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada BN ekoran sokongan rakyat yang semakin bertambah kerana semenjak Pakatan Harapan (PH) berkuasa mereka tidak melakukan kehendak rakyat.

“Sedikit sebanyak tidak menjejaskan sokongan rakyat malah semakin bertambah kepada BN kerana PH tidak melakukan apa-apa kesejahteraan masyarakat di Jelebu apatah lagi untuk melakukan sebarang pembangunaan, pembinaan dan juga pembelaan kepada rakyat.

“Itu adalah kelemahan PH yang sangat jelas dan ianya berlaku di Jelebu malah kerajaan PH menyekat beberapa pembangunan yang sudah dirancang dan diluluskan oleh kerajaan Pusat tetapi tidak boleh ‘executed’ kerana kekangan dan juga halangan dibuat oleh kerajaan negeri misalnya kuasa tanah, kebenaran merancang dan beberapa kuasa lain adalah di bawah kerajaan negeri,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.