Hanya UMNO/BN Yang Mampu Bawa Kestabilan, Kemajuan Negara – Ridhwan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya berharap pengundi dapat bersama-sama memberikan kepercayaan kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Kata Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali hanya UMNO/BN yang mampu memberikan kestabilan pada negara dan ianya telah terbukti sepanjang memerintah negara.

“Saya berharap agar jentera UMNO/BN Hang Tuah Jaya jangan leka dan terus memujuk pengundi menyokong BN kerana hanya BN satu-satunya parti yang boleh membina negara yang aman, stabil serta membawa banyak kemajuan pada negara.

“UMNO/BN mempunyai ‘track record’ yang terbaik sepanjang mentadbir negara dan juga menjaga kestabilan masa depan termasuk menjaga agama, bangsa dan tanah air, katanya kepada UMNO Online di sini.

Dalam pada itu, beliau berharap Jentera UMNO/BN Hang Tuah Jaya dapat meneruskan gerak kerja dan jangan putus asa serta terus meningkatkan lagi prestasi dengan istiqamah.

“Niat yang ikhlas dapat membawa suara Hang Tuah Jaya di peringkat nasional  serta menyumbangkan satu kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan di bawah kerajaan BN,” katanya.

Begitu juga ujarnya, media sosial dan orang muda sememangnya tidak boleh dipisahkan namun BN Hang Tuah Jaya akan terus memperkasakan informasi dengan lebih teratur.

“Kita melihat orang muda pada masa kini selalunya mendapat maklumat dari media sosial dan BN Hang Tuah Jaya akan terus mempertingkatkan lagi segala maklumat yang akan disampaikan pada pengundi muda dan automatik di media sosial dengan lebih teratur dan informatik kepada mereka.

“Saya percaya dengan usaha yang dilakukan ini dapat menunjukkan kepada golongan muda matlamat dan perjuangan yang dibawa oleh BN Hang Tuah Jaya.

“Sudah pasti golongan muda mahukan kestabilan politik, negara, ekonomi  dan pendidikan yang baik. Ketidakstabilan adalah sesuatu yang anak muda tidak menyukainya,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.