Tiada Yang Mustahil BN Jadi Kerajaan, Rakyat Inginkan Pembaharuan Setelah Rekod Buruk PH – Norliza

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa tiada yang mustahil untuk Barisan Nasional (BN) kembali menjadi kerajaan termasuk menawan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) PRU-15.

Ini kerana katanya, rekod buruk 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah buktinya.

“Tiada yang mustahil! Rakyat Pulau Pinang inginkan pembaharuan pembangunan yang segar, banyak manfaat kepada rakyat serta peluang perniagaan yg lebih besar,” katanya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang dalam kenyataan berkaitan hal terbabit.

Beliau berkata demikian berikutan keyakinan penuh selepas perjumpaan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, pada Ahad.

“Saya menyokong penuh keyakinan tinggi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang melihat BN Pulau Pinang mampu kalahkan Dap di pulau ini.

“Insya-Allah, perubahan angin semakin dirasai dan gelombang biru semakin memuncak. Ayuh, pengundi Pulau Pinang terjemahkan undi anda kepada satu langkah yang berani dan betul. Kestabilan demi kemakmuran,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.