Shahril Ejen UMNO, Wan Saiful Macam Kartun Serupa Ejen Ali

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan bahawa tiada sebarang perjanjian antara Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jom kita tengok balik kenyataan media PN semasa pembentukan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri yang menggariskan syarat-syarat sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

Yang disebut hanyalah untuk memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Tidak ada sebarang pengumuman bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tuntutan ‘Perikatan Nasional’.

Datuk Wan Saiful, di samping rakyat sedang mengalami inflasi yang kian meningkat, apakah kepentingan melantik Timbalan Perdana Menteri atau jawatan-jawatan lain dalam Kerajaan yang dituntut oleh Tan Sri Muhyiddin?

Tumpukan usaha kepada penyelesaian dan bantu la Perdana Menteri. Datuk Wan Saiful semenjak dilantik jadi Pengerusi Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun tak dapat nak tunaikan janji Pakatan Harapan (yang dulu Datuk sebahagian daripadanya).

Kalau Datuk Wan Saiful sifatkan Shahril sebagai ‘ejen’ Presiden UMNO. Shahril dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau adalah ‘ejen’ UMNO. Berbeza dengan Datuk Wan Saiful yang macam kartun serupa Ejen Ali.

Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.