Raven Tekad Wujudkan Lebih Peluang Pekerjaan Terutama Bidang Pertanian Dan Pelancongan

JOHOR, 8 Mac – Peluang pekerjaan akan lebih banyak diwujudkan kepada golongan belia sesuai dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh yang memiliki dua dunia iaitu pertanian dan pelancongan.

Calon Barisan Nasional (BN) di DUN tersebut, K. Raven Kumar berkata, ia adalah usaha yang dibuat daripada dulu sejak beliau menjadi Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) sebelum ini dan usaha tersebut akan diteruskan sehingga kini.

“Tenggaroh ini unik, kita ada Felda, kita ada nelayan. Di sini kita ada lima Pusat Daerah Mengundi (PDM), nak berkempen pun naik bot. Kalau stress dengan politik, saya sendiri akan pergi berjumpa dengan penduduk kampung.

“Mereka bukan masyarakat pada saya, mereka adalah keluarga. Kalau saya turun padang pun saya tidak akan pergi secara beramai-ramai. Saya akan beri peluang kepada mereka untuk luahkan kepada saya apa masalah mereka,” kata Ketua Pemuda MIC pusat itu lagi.

Tambah beliau, meskipun telah memenangi DUN tersebut selama dua penggal, namun beliau tidak mengambil mudah kepada pencabarnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

“Saya tidak ambil mudah, tetapi saya sudah buat kerja daripada dulu. Dan saya menyambung legasi keluarga yang daripada dulu adalah Barisan Nasional.

“Saya tahu BN adakah yang terbaik, saya lihat dulu bapa saya banyak selesaikan masalah rakyat. Sewaktu saya belajar di luar negara, saya boleh melihat perbezaan politik di sana dan sini. BN pergi ke sana sini untuk selesaikan masalah rakyat, tetapi yang lain hanya mampu soal tetapi tidak mampu untuk selesaikan masalah,” ujarnya lagi.

DUN Tenggaroh menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan penyandang sebelumnya iaitu Raven (BN), Zulinah A Johari (PKR), Roslan Nikmat (PN), dan Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang). – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.