Aktif Bersama Golongan Muda, Kelebihan Dimiliki Calon BN Tanjung Surat

PENGERANG, 8 Mac – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin yakin golongan muda akan memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Katanya, ini kerana pengalaman beliau yang juga pemimpin belia di Pengerang turut memberi kelebihan kepadanya dalam mendekati golongan muda.

“Saya rasa lebih penting adalah kita dekat dengan rakyat terutama bersama dengan anak muda sebab saya adalah pengerusi belia dan merasakan dekat dengan mereka.

“Sememangnya BN merupakan parti yang menjaga kebajikan rakyat, saya akan meneruskan kesinambungan yang kita ada sebelum ini dengan menjalankan segalanya aktiviti dan bantuan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui UMNO Online di Bilik Gerakan Cawangan Pasir Gogok, di sini baru-baru ini.

Aznan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang berharap pengundi di seluruh Johor khususnya di Tanjung Surat melakukan pilihan bijak dengan mengundi BN bagi meneruskan agenda kemajuan yang telah dirancangan bagi manfaat kepada ekonomi negeri ini.

“Harapan saya pengundi di sini berfikir dengan rasional dan bijak dan saya rasa BN merupakan satu parti yang sangat hebat dan yang mampu menjaga kebajikan rakyat.

“Sepanjang perjalanan kempen ini alhamdulillah bergerak dengan lancar malah saya turun ke seluruh pusat daerah mengundi cuma tinggal satu atau dua sahaja yang saya belum jelajah.

“Kita akan buat roadtour cuma lebih kepada mengenalkan calon dan berada di setiap bilik jentera dan insya-Allah lepas ini kita turun ke padang untuk bersama-sama dengan pengundi,” ujar beliau.

Aznan calon BN akan berhadapan dengan saingan empat penjuru pada 12 Mac ini antaranya, Selamat Ujud (Perikatan Nasional); Samat Atan (Pejuang) dan Rosman Tahir (PKR).

Terdahulu pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN ini menerusi penyandangnya dari BN, Datuk Syed Sis A. Rahman menang dengan majoriti 4,522 menewaskan pencabarnya, Zamil Najwah Arbain yang memperoleh 5,092 undi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.