Dalam Kesibukan Berkempen, Wan Rosdy Bantu Mangsa Kemalangan Di Segamat

SEGAMAT, 6 Mac – Dalam kesibukan berkempen, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang secara kebetulan melalui jalan Segamat sempat membantu mangsa kemalangan di Buloh Kasap semalam.


Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bersama jenteranya membantu mangsa terlibat yang secara kebetulan berlaku di depan mata.

“Saya sempat membantu seorang mangsa kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Buloh Kasap, Segamat, petang tadi.  Motosikal yang beliau naiki bertembung dengan sebuah lori.

“Kebetulan saya melalui jalan tersebut ketika dalam perjalanan untuk menziarahi beberapa buah rumah penduduk di Kampung Gelang Chinchin,” katanya.

Kata beliau lagi insya-Allah, setiap bantuan yang dihulurkan akan ada ganjaran.

“Hari ini kita bantu orang, insya-Allah orang akan bantu kita pula di kemudian hari. Itulah ganjaran Allah SWT janjikan untuk setiap perbuatan baik yang kita lakukan.

“Semoga mangsa kemalangan selamat dan tidak menghadapi kecederaan yang serius,” tambahnya. – UMNO ONLINE

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.