Calon BN Janji Perkhidmatan Terbaik, Fokus Masalah Isu Dihadapi Rakyat

KULAI, 6 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor mengenalpasti beberapa isu utama yang akan dilakukan beliau sekiranya berjaya mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, antara perkara yang menjadi tumpuan beliau adalah berkenaan isu tanah perkuburan yang masih tidak diselesaikan meskipun majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam.

“Banyak juga isu-isu setempat yang belum dapat diselesaikan dan isu ini bermain di bibir masyarakat contohnya berkenaan kubur orang Islam.

“DUN ini ada 39,000 pengundi tetapi untuk Bandar Putra sahaja ada 16,000 orang jadi isu ini sangat dekat dengan masyarakat.

“Tanah kubur ada kelulusan tapi masih belum dapat diselesaikan, ini perkara pertama yang saya akan lakukan apabila diberi peluang menang pada PRN ini,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Mohd Jafni yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai berkata isu yang mendapat perhatian beliau juga adalah berkenaan lalu lintas dan jaringan jalur lebar yang dihadapi penduduk setempat.

“Bandar Putra adalah kawasan yang besar, pembangunan perumahan bercampur 14,500 unit rumah komersial dan semakin hari penempatan perumahan baharu dibuat dan isu lalu lintas merupakan antara isu rakyat.

“Masalah internet juga sampaikan ada satu kawasan itu tiada langsung jadi agak menyedihkan apabila kita semakin maju tapi jaringan internet masih lagi tidak dapat diselesaikan.

“Malah ianya dibawa sejak Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas tapi sehingga PRN kali ini pun tidak dapat diselesaikan saya baru-baru ini pergi ke kenduri kahwin ada beberapa belia yang menyuarakan hal ini,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.