Ahmad Zahid Rayu Undi, Meriahkan Kempen BN Sungai Balang

MUAR, 6 MAC – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan setempat hari ini memeriahkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila turun secara dekat menemui pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang.

Beliau mengiringi calon BN Selamat Takim yang mesra dengan panggilan cikgu Selamat dan turut disertai Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Ketua UMNO Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Selain menyapa dan merayu undi mereka yang ditemui sekitar Pekan Parit Yusuf, beliau turut beramah mesra bersama peniaga yang berada di sekitar laluan berkenaan.

Kesempatan tersebut diambil kesempatan oleh mereka yang berada di sekitar untuk berswafoto selain menyatakan komitmen ‘pangkah dacing’ 12 Mac nanti.

Selepas itu Ahmad Zahid akan mengadakan ceramah pilihan raya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sarang Buaya Darat dan seterusnya ke DUN Maharani.

DUN Sungai Balang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan BN, PKR, PN dan Pejuang. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.