Lima Ikhtiar BN Demi Bangsa Johor, Beri Manfaat Untuk Rakyat – Norshida

SEGAMAT, 3 Mac – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat lima ikhtiar atau manifesto utama yang ditawarakan Barisan Nasional (BN) sebagai cagaran dan tawaran besar kepada rakyat Johor pada Pilihan raya Negeri (PRN) perlu dinilai sebaik mungkin oleh pengundi yang akan membuang undi pada 12 Mac ini.

Menurut beliau bertemakan “Kestabilan Masa Depan’” ianya adalah bagi mewujudkan Johor yang lebih makmur meliputi pelbagai lapisan masyarakat khususnya orang muda Johor yang dikenali sebagai OMJ dan warga Felda.

“Lima ikhtiar BN Johor ini adalah melibatkan mengenai kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan pentadbiran berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan perubahan transformasi politik.

“Saya amat yakin dan optimis terhadap lima teras ini yang dianggap sebagai realistik serta mampu dicapai oleh BN melalui pengalaman mentadbir kerajaan Negeri Johor. Sememangnya Ikhtiar BN Johor ini adalah untuk semua rakyat di negeri ini bagi menjadikan negeri makmur serta didukung oleh naratif politik Johor baharu yang matang lagi kukuh platformnya,” katanya kepada UMNO-Online

Kata beliau lagi, apa yang ditawarkan oleh BN pada PRN Johor  12 Mac nanti adalah sesuatu yang bukan sahaja realistik malah mencakupi kepelbagaian bidang dan lapisan masyarakat.

“Lima Ikhtiar BN Johor ini sangat diyakini akan membawa kemakmuran yang akan diiriing dengan ekonomi yang mapan dan maju, ekonomi yang stabil dan bercambah pesat serta infrastruktur yang lebih moden dan kondusif demi keselesaan rakyat johor yang dikasihi.

“Usahlah kita menoleh kebelakang, sudah tiba masanya membuang yang keruh dan terus menyokong BN kerana ia mampu menentukan masa depan yang stabil buat Negeri Johor kita ini. Ayuh Rakyat Johor, Undilah BN,” ujarnya.

Selasa lalu, BN melancarkan Ikhtiar BN Johor dengan lima tawaran kepada rakyat Johor merangkumi kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksana reformasi politik- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.