BN Pilihan Terbaik, Tawaran Realistik Untuk Rakyat – Hasmuni

MUAR, 3 Mac – Barisan Nasional (BN) ternyata dan terbukti merupakan sebuah parti yang mampu memberikan tawaran perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Penolong Setiasaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hasan berkata kenyataan ini bukanlah suatu yang retorik mahupun slogan yang sering digula-gulakan oleh parti lain setiap kali menjelang pilihan raya.

Kata beliau di Johor, sejak sekian lama masyarakat telah memilih UMNO/BN yang tradisinya memang membela dan membantu rakyat, namun senario berbeza selepas PRU yang lalu.

“Umum tahu kenapa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. PRN terpaksa dibuat disebabkan tiada kestabilan dalam pentadbiran. Dan UMNO-BN sahaja parti yang mementingkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.

“Kita semua juga telah mengetahui prestasi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) serta parti-parti lain dalam mengurus dan mentadbir negara. Semuanya kucar-kacir dan menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNo-Online.

Jadi, katanya apa lagi pilihan yang kita ada selain BN yang sentiasa komited membantu dan membela rakyat dalam apa-apa jua keadaan.

“Sebenarnya PRN Johor ini adalah peluang kepada rakyat negeri Johor untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik, lebih makmur dan lebih stabil.

“Maka, rakyat Johor tidak perlu ragu-ragu lagi dengan BN dan undi serta pilihlah BN sebagai parti yang akan membawa kestabilan masa depan,” UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.