‘Respon’ Yang Baik Dari Penduduk, BN Utamakan Kebajikan Rakyat – Nor Rashidah

PARIT RAJA, 2 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli merayu kepada pengundi setempat memberikan kemenangan kepadanya dan dapat mempertahankan kerusi BN tersebut.

Jelasnya, sebaik saja selepas sesi penamaan calon, beliau  terus berjumpa dengan pengundi-pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitar Parit Raja.

“Alhamdulillah… saya mendapat ‘respon’ yang baik dari pengundi-pengundi di kawasan Parit Raja. Sebagai anak jati dan pernah berkhidmat di Parit Raja sejak tahun 2018 memohon dan merayu agar diberikan ruang dan peluang pada 12 Mac nanti.

“Insya-Allah… sekiranya terpilih saya berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat dalam kawasan DUN Parit Raja ini sentiasa terjaga dan terpelihara.” 

Beliau yang juga penyandang kerusi tersebut akan terus berkhidmat kepada masyarakat sekiranya terpilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Pada penggal lalu, saya selalu memastikan kebajikan rakyat sentiasa berada pada amat baik begitu juga dengan Skim Keselamatan Sosial dan hubungan baik dengan agensi-agensi berkaitan untuk memberikan dan menyalurkan perkhidmatan serta bantuan kebajikan kepada masyarakat dapat diterusan, insya-Allah,” jelasnya lagi.

Tambah Naib Ketua Bahagian UMNO Sri Gading ini, beliau memohon kepada seluruh pengundi Parit Raja agar mengundi BN.

“Undilah calon nombor satu N22 kawasan Parit Raja. Kestabilan masa depan dan undilah BN,” serunya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.