Gelombang Positif Penerimaan BN Bakal Bantu Kemenangan Parti- Najib Samuri

SRI GADING, 2 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri percaya bahawa gelombang positif dalam kalangan penerimaan rakyat mampu memberikan signal baik untuk menyuntik semangat bagi kemenangan pada 12 Mac nanti. 

Dalam hal ini, beliau berharap agar momentum tersebut dapat dikekalkan sehingga tempoh akhir kempen dengan pengundi-pengundi di DUN Parit Yaani dapat menterjemahkan pada hari mengundi.

“Alhamdulillah… penerimaan jentera BN di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) amat baik dan kehadiran para pemimpin parti menyuntik serta memberikan semangat kepada seluruh jentera BN di Parit Yaani.

“Semua jentera UMNO/BN terus istiqamah dan akan berusaha memberikan penerangan kepada seberapa ramai pengundi untuk memenangi BN pada PRN ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading berkata Pemuda UMNO Bahagian terbabit menyambut baik dan sentiasa memberikan sokongan apabila beliau dicalonkan bagi DUN Parit Yaani.

Sehubungan itu beliau berharap agar penerimaan terbabit akan dapat membantu kemenangan BN di DUN terbabit.

Pada Sabtu lalu, bermulanya kempen bagi PRN Johor selepas proses penamaan calon yang berlangsung di 56 DUN pusat penamaan seluruh negeri Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor diadakan pada 12 Mac ini dengan hari mengundi awal pada 8 Mac. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.