Beri Saya Peluang Teruskan Kesinambungan Pentadbiran BN – Calon Buloh Kasap

SEGAMAT, 2 Mac – “Sebenarnya saya belum belum berpuas hati dengan perkhidmatan saya di Buloh Kasap kerana selepas Pilihan Raya Umum (PRU-14), saya hanyalah seorang wakil rakyat pembangkang dan hanya menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas Mac 2020.”

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.

Sebelum itu ujarnya, apa sahaja yang cuba dibangkitkan dan perjuangkan untuk masyarakat di Buloh Kasap sukar untuk diterima atau dibawa kepada jabatan kerajaan mahupun pejabat menteri besar, tetapi hanya dapat diketengahkan selepas Mac 2020,

Beliau yang merupakan penyandang bagi DUN berkenaan seterusnya menambah banyak lagi yang perlu diselesaikan serta diberi tumpuan untuk manfaat penduduk mahupun masyarakat setempat.

“Jadi hanya setahun lebih sahaja saya menjadi wakil rakyat kerajaan. Justeru ada banyak perkara yang saya fikir belum sempat untuk saya laksanakan… belum sempat untuk saya terjemahkan apa yang saya janjikan kepada masyarakat di DUN Buloh kasap,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau berdepan saingan empat penjuru di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

Zahari seterusnya menyeru agar masyarakat khususnya pengundi di Buloh Kasap agar meberikan peluang yang seterusnya supaya apa yang dirancang serta dilaksanakan mampu diterjemahkan sepenuhnya.

“Jadi saya berharap dan menyeru kepada pengundi di Buloh Kasap ini berilah peluang kepada saya untuk menyambung perkhidmatan saya kerana ada banyak lagi perkara yang saya fikir perlu laksanakan untuk kepentingan pembangunan pengundi dan masyarakat di DUN Buloh Kasap,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau melihat sokongan daripada masyarakat setempat cukup baik sepanjang kempen yang berlalu, namun akan terus melipatgandakan usaha untuk memastikan BN terus diberi kepercayaan pada PRN nanti.

“Saya melihat tahap sokongan masyarakat khususnya pengundi semakin baik. Ini berdasarkan komitmen dan prestasi kita sepanjang perkhidmatan di sini selepas diberi mandat pada PRU yang lalu dan kita tidak pernah berhenti buat kerja sebaliknya bagi pihak lawan apabila berlaku pilihan raya barulah calon-calon lain datang menjengah muka mereka dari kampung ke kempung

“Berbeza dengan BN yang setiap hari setiap minggu setiap bulan sentiasa ada bersama masyarakat. Atas dasar itu saya percaya masyarakat khususnya pengundi di DUN Buloh Kasap kekal untuk memberikan sokongan kepada BN,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.