Kelebihan Tersendiri BN Mampu Tawan Hati Pengundi – Mohd Hairi

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berpandangan parti ini mempunyai kelebihan tersendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, meskipun beliau sendiri berdepan dengan enam penjuru saingan untuk merebut kerusi ini namun dirinya optimis rakyat akan melakukan pilihan terbaik bagi menjamin kesejahteraan dengan memilih BN.

“Bagi saya kekuatan boleh dikatakan ada kelebihan kepada BN tapi inilah demokrasi di mana pengundi ini diberikan pilihan di antara enam calon yang merupakan muka baharu.

“BN pula menampilkan saya sebagai ketua Pemuda negeri yang mana saya juga adalah ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru sentiasa berada di lapangan khususnya di Larkin antara lokasi sering melakukan aktiviti kemasyarakatan sebelum ini,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Sementara itu, Mohd Hairi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian berpandangan rakyat perlu mengambil peluang membuat pilihan terbaik pada PRN ini kerana ianya sebagai cerminan kepada depan rakyat di negeri ini.

“Kita tahu ketidakstabilan politik Johor amat ketara bila lihat apa yang dikatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohamed ketika memegang jawatan beliau boleh sahaja menunggu lebih kurang 400 hari.

“Namun bila kita rasa ketidakstabilan selepas pemergiaan ADUN Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian kita berikan semula mandat kepada rakyat agar pemilihan majoriti yang lebih sesuai mengemudi kerajaan negeri bagi menjamin masa depan,” ujar beliau.

Untuk rekod pada PRN ini beliau berdepan tujuh penjuru di antara Dr Zamil Najwah Arbain (Pakatan Harapan); Zukifli Bujang (Perikatan Nasional); Mohamad Riadz Hashim (Pejuang); Rasid Abu Bakar (Muda) dan Norramadan Buan (Bebas).

Pilihan raya ini diadakan selepas kematian Osman Sapian yang juga bekas menteri besar pada 21 Disember lalu ianya sekaligus menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.