Demi Kestabilan BN Terus Istiqamah, Sedia Berkhidmat – Samsolbari

AYER HITAM, 1 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali menekankan bahawa BN sentiasa istiqamah dengan pendekatan politik perkhidmatan. 

Ujarnya, BN juga mengamalkan sikap bertoleransi dengan membangunkan potensi ke arah memperkemaskan pentadbiran sekiranya diberi mandat.


“Saya menyeru kepada warga Semarang agar terus istiqamah untuk berlaku adil kepada diri sendiri dengan menyatakan putih itu putih, hitam itu hitam, betul itu betul dan salah itu salah… dan berikan sokongan pada BN demi kerajaan yang stabil. 

“BN mahukan kemajuan dan pentadbiran ke arah sebuah negara dan negeri yang kestabilannya kekal demi masa depan,” katanya kepada UMNO Online. 

Seterusnya Samsolbari berharap agar jentera parti terus sentiasa bekerja dalam usaha memenangkan BN.  

“Kita bersama-sama dengan jentera BN dan seluruh kepimpinan ingin mengukuhkan ‘nawaitu’ untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Jadikan muafakat itu teras kepada kerjasama yang telah membina DUN Semarang sebelum ini dan akan meneruskan kemajuan pada masa-masa akan datang,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.