Pilih Calon Puteri, Kepercayaan Pimpinan Suatu Penghargaan – Zahida

JOHOR BAHRU, 24 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan meluahkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi parti yang memberi peluang kepada calon Puteri untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau juga turut menjanjikan bahawa jentera Puteri akan melaksanakan kempen dengan sebaik mungkin bagi memberi kemenangan kepada calon sekaligus memastikan Barisan Nasional (BN) berupaya menubuhkan kerajaan negeri yang stabil.

zahida“Saya hendak ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana memberi kepercayaan kepada calon Puteri ini satu pengiktirafan dan kami akan membuat yang terbaik.

“Ini juga sebenarnya melihat dengan pertambahan pengundi muda yang ramai ini adalah salah satu faktor juga bila calon muda diketengahkan.

“Saya juga hendak berpesan kepada Puteri dan jentera untuk sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) memandangkan sekarang ini virus masih lagi berleluasa di samping berkempen kita kena jaga,” ujar beliau.

Sementara itu, Zahida juga turut meluahkan keyakinan sokongan rakyat kepada BN berdasarkan kemenangan yang diperolehi gabungan parti ini pada PRN di Melaka.

“Saya yakin sebab rakyat bijak menilai kita tahu Pakatan Harapan sebelum ini memberikan pelbagai janji manis yang dibuat terutama sekali kepada anak muda.

“Kali ini anak muda tidak akan membiarkan diri mereka tertipu untuk kali kedua dan insya-Allah bila tengok mood berjumpa dengan mereka begitu positif dan yakin untuk memberikan mandat kepada BN,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.