Johor Beriltizam Menjadi Negeri Kompetitif, Berproduktiviti Dalam Pengeluaran Makanan

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri beriltizam untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang kompetitif dan berproduktiviti tinggi dalam sektor pengeluaran makanan negara.

Katanya, ia bukan sahaja untuk pasaran domestik, malah pasaran serantau dan antarabangsa.

“Kita sedari bahawa sektor pertanian dan Agro Makanan Johor telah melalui fasa transformasi seiring dengan pengiktirafan negeri ini sebagai nadi pertumbuhan negara.

“Selain memberi tumpuan dalam sektor ini sebagai Impetus Ekonomi Baharu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan Negeri Johor 1.0 (DanJo 1.0),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, kesemua ini merupakan hasil komitmen, usaha dan keberdayaan keseluruhan penggerak industri di Johor.

“Sesungguhnya ia adalah satu usaha yang sangat membanggakan.

“Terima kasih atas kerjasama penggerak industri Agro Makanan Negeri Johor yang diraikan dalam majlis penghargaan pada hari ini.

You are our hero,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.