Kestabilan Masa Depan Impian Rakyat, Sokong PH Wujudkan Pelbagai Krisis – Norshida

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata rakyat tentunya percaya bahawa kestabilan kepimpinan negeri Johor mampu membawa harapan yang besar demi masa depan negeri berkenaan.

Ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, sudah tentu harapan tinggi ini memerlukan keutuhan pimpinan yang stabil supaya mampu memandu negeri Johor ke arah kemakmuran yang diimpikan oleh semua peringkat umur rakyat di negeri tersebut.

“Maka, menerusi kemenangan besar Barisan Nasional (BN) seperti yang dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lepas membuktikan rakyat lebih yakin gabungan parti di bawah payung BN ini mampu mewujudkan dan mengekalkan kestabilan politik di Negeri Johor.

“Ini dengan ditambah pula pimpinan sedia ada terbukti berkesan dan hanya memerlukan mandat yang besar bagi masa depan yang cerah.

“Rakyat yakin dan percaya bahawa kesilapan menyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mewujudkan pelbagai krisis luar dan dalam sehingga rakyat dihimpit dengan pelbagai musibah dan kesempitan hidup yang tidak menyenangkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi, krisis tersebut jelas mempengaruhi sokongan rakyat yang beralih kepada BN semula terutamanya kerusi-kerusi majoriti kawasan Melayu dan rakyat mengharapkan kebajikan mereka dibela semula oleh BN.

“Pimpinan BN perlu bergerak proaktif dan efisen terutamanya dalam isu harga barang, isu ekonomi dan isu kesihatan. Mesej jelas rakyat memerlukan BN yang stabil setakat ini berbanding parti-parti gabungan yang lain.

“Mesej rakyat juga jelas inginkan kemakmuran dan hak kebajikan mereka dibela.Kestabilan penentu masa depan,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.