Banjir: Keprihatinan Pemimpin UMNO Bersama Rakyat Dihargai – Zahari Sarip

SEGAMAT, 6 Jan – Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Zahari Sarip merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada kepimpinan UMNO yang memberikan sokongan dan turun padang bertemu rakyat yang menjadi mangsa banjir kali ini.

Katanya, kesudian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuktikan kebersamaan UMNO dengan rakyat dalam mendepani ujian.

“Saya mengalu-alukan dan berterima kasih kedatangan SUA Datuk Seri Ahmad Maslan serta sukarelawan dari Ibu Pejabat UMNO di atas keprihatinan menghulurkan sumbangan dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir,” ujarnya.

Katanya, banjir yang melanda di Parlimen Segamat adalah banjir yang paling terburuk melanda di kawasan tersebut dengan hujan yang berterusan ditambah pula arus terlalu deras malah ianya hampir menyamai banjir besar sejak 2006.

“Parlimen Segamat adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir ianya menyamai seperti pada tahun 2006 dan 2011. Air di kawasan ini semakin naik dan paling terjejas adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Kasap.

“Bagi DUN Buluh Kasap mangsa banjir paling ramai iaitu 479 keluarga terlibat dan hampir 2,200 mangsa banjir seluruh Parlimen Segamat. Ianya melibatkan 20 pusat penempatan sementara (PPS) di Buluh Kasap daripada 26 PPS keseluruhannya,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga ADUN Buluh Kasap menjelaskan pada 10 tahun lalu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membina tebatan banjir bagi mengurangkan risiko serta meningkatkan keselamatan penduduk kampung.

“Namun kali ini tebatan banjir itu pecah dan menyebabkan banjir besar semula dan penduduk di kampung tersebut dipindahkan dengan segera kerana keadaan air yang sangat luar biasa,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.